Sunday, September 16, 2007

Masyhur Tapi..


Antara hadis yang 'famous' dan masyhur di bulan Ramadhan, yang sering dibaca di atas mimbar-mimbar masjid dan di tulis di dalam tulisan-tulisan ialah hadis yang berbunyi:

أوله رحمة واوسطه مغفرة وآخره عتق من النار
Maksudnya: "Awalnya (bulan Ramadhan) rahmat, pertengahannya
keampunan dan penghujungnya perlepasan dari api neraka"

Apakah kedudukan hadis tersebut?

Hadis tersebut merupakan sebahagian dari hadis yang panjang yang berbunyi:

ثنا علي بن حجر السعدي ثنا يوسف بن زياد ثنا همام بن يحيى عن علي بن زيد بن جدعان
عن سعيد بن المسيب عن سلمان قال خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في آخر يوم من شعبان فقال

أيها الناس قد أظلكم شهرعظيم شهر مبارك شهر فيه ليلة خير من ألف شهر جعل الله صيامه فريضة
وقيام ليله تطوعا من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ومن أدى فيه فريضة
كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه

وهو شهر الصبر والصبر ثوابه الجنة وشهر المواساة وشهر يزداد فيه رزق المؤمن من فطر
يه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار وكان له مثل أجره من غير ان ينتقص من أجره شيء

قالوا ليسكلنا نجد ما يفطر الصائم فقال يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة
ماء أو مذقة لبن

وهو شهر أوله رحمة واوسطه مغفرة وآخره عتق من النار"

صحيح ابن خزيمة ج3/ص191 باب فضائل شهر رمضان إن صح الخبر

Maksudnya: Daripada Salman telah berkata: "Telah berkhutbah Rasuullah kepada'
kami pada akhir hari bulan syaaban,. Maka, bersabda baginda s.a.w:


"Wahai manusia sesungguhnya kamu telah dipayungi bulan agung, bulan berkat,
bulan yang padanya malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah telah jadikan
puasa padanya fardu dan solat pada malam sebagai ketaatan.

Barangsiapa menghampirinya, maka berhasillah kebaikan seperti mereka yang
melakukan fardu dengan apa yang seumpamanya. Dan barangsiapa yang menunaikan
yang fardu, seolah-olah dia telah menunaikan tujuh puluh kefarduan dengan apa yang seumpamanya. Iaitu bulan kesabaran dan kesabaran ganjarannya syurga.

Bulankebahgiaan dan bulan ditambah padanya rezki orang mukmin.

Barangsiapa menyediakan makanan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka
diampunkan dosanya dan
diberi kelepasan dari api neraka dan adalah baginya
ganjaran puasa (orang yang berbuka itu) yang tidak akan
dikurangkan sesuatu apa pun.

Mereka berkata: Tidak ada di sisi kami apa yang oleh dibuat berbuka bagi orang yang
berpuasa.

Maka, jawab Baginda s.a.w: Allah memberikan ganjaran ini kepada sesiapa
menyediakan judah bagi orang yang berpuasa walau dengan sesuap tamar, seteguk a
ir
dan seteguk susu.


Iaitu bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan
penghujungnya perlepasan dari api neraka.

Berdasarkan kajian ahli hadis, hadis di atas lemah (dhoif) dari segi sanad dan matan.

Dari segi sanad;

Pertama: hadis ini dianggap dhoif kerana sanadnya terputus. Ini kerana hadis ini
diriwayatkan oleh Said bin Musayyab (atau Musayyib) dari Salman Al-Farisi. Sedangkan
tidak diketahui Said bin Musayyab pernah meriwayatkan hadis dari Salman Al-Farisi.

Kedua: Antara perawi hadis ini ialah Ali ibn Zaid ibn Jad'an. Sebahagian ahli hadis
men'dhoif'kan riwayatnya, antaranya Al-Hafiz Ibn Hajar, Ahmad, Nasaei dan Ibn
Khuzaimah.

Adapun dari segi matan;

Hadis ini menimbulkan keraguan kerana menghadkan rahmat pada 10 hari, keampunan
pada 10 hari selepasnya, dan kebebasan dari azab neraka pada 10 terakhir. Sedangkan,
rahmat dan keampunan Allah itu tidak terputus serta janjinya untuk membebaskan
hambanya dari azab neraka berterusan dari awal hingga berakhirnya bulan Ramdhan.

Kesimpulannya; Seelok-eloknya dielakkan menggunakan hadis ini. Lebih-lebih lagi,
sebahagian ahli hadis menghukum hadis ini sebagai hadis 'munkar'. Antaranya
Abi Hatim Ar-Razi, Al-Imam Al-'Aini dan Syeikh AlBani.

Jika hendak digunakan juga, hendaklah di jelaskan kedudukannya dan
diterangkan perkara-perkara yang menjadi kesamaran itu.

Dalam Sunan Tirmizi, dari Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda:

إذا كان أول ليلة من رمضان صفدت الشياطين ومردة الجن، وغلقت أبواب النار،
فلم يفتح منها باب، وفتحت أبواب الجنة فلم يغلق منها باب،
وينادي مناد كل ليلة يا باغي الخير أقبل، ويا باغي الشر أقصر

ولله عتقاء من النار وذلك كل ليلة

"Apabila (masuknya) malam pertama Ramadhan, dibelenggu syaitan-syaitan
dan jin-jin yang derhaka, ditutup pintu-pintu neraka tanpa terkecuali
walau satu intu pun, sebaliknya dibuka pintu-pintu syurga tanpa terkecuali
walau satu pintu un. Pada setiap malam adanya penyeru yang menyeru:

"Wahai pelaku kebaikan, berusahalah! Wahai pelaku kejahatan, berhentilah!".

Serta Allah Taala membebaskan beberapa orang dari neraka.
Hal itu terjadi pada setiap malam".


Wallahua'lam

Rujukan:
اسلام اون لين.نت



3 comments:

Anonymous said...

Hadis ini bercanggah dgn nas2 lain yg mengatakan rahmat Allah luas...memang la orang semua dah faham bahawa rahmah itu setiap tahun ader,setiap bulan ada,setiap hari ader....tapi hadis ini disebut sbbnya 10 hari awal Ramadhan rahmah dgn maksud rahmah pada 10 hari awal Ramadhan adalah rahmah yg berlipat ganda yg tidak seperti hari lain atau bulan2 lain...maka hadis ini tak bercanggah dgn nas2 lain....kadang2 kalau terlalu melihat zahir hadis tanpa melihat ihtimal yg boleh combine antara nas2 menyebabkan ada sedikit kecacatan dalam menghukum hadis...

Wallau A;lam...

Anonymous said...

Hadis ini tidak pernah bercanggah dengan mana2 ayat alquran mahupun hadis, melainkan bagi yang enggan memahahaminya dengan makna yang lebih luas.

Pertamanya dari sudut sanad, hadis ini dikatakan lemah oleh sebahagian sahaja muhaddisin, sedangkan ramai lagi muhaddisin mengangkat darjat hadis ini kepada hasan dan sahih. Mengapa artikel ini langsung tidak ilmiah dengan mengenepikan pendapat huffazul hadis yang lain? Nampak seperti ada ketaksuban kepada individu tertentu..

Keduanya dari segi matan, apabila disebutkan awalnya rahmah, bukan bermakna hanya pada awalnya sahaja ada rahmah sedangkan yang lain tiada. Tetapi apabila dikhususkan pada waktu2 tertentu dengan fadilat tertentu, ia bagi menggalakkan manusia untuk lebih beramal, selain menunjukkan rahmat itu melebihi pada hari2 tersebut. Contohnya pada hari jumaat ada waktu yang mustajab doa, sedangkan dalam Alquran sebut ud'uni astajib lakum. Takde bercanggah pun antara keduanya.

Nasihat ana buat tuan punya blog, sebagai azhari, maka berhati2lah dalam mengambil artikel sebegini. Rujuklah kepada mereka yang pakar, dan bukan copy paste dari internet sebegini.

Wallahu A'lam, wal 'afwu minkum

Anonymous said...

sikit-sikit palsu,sikit-sikit palsu...ni semua pattern wahabi...rujuklah ulama' muktabar ..perangai copy paste adalah merbahaya untuk ummat islam