Sunday, October 7, 2007

Saluran-Saluran Informasi di Taman Ilmu Islam

Alhamdulillah, setelah diadakan perbincangan dengan mod-mod
Taman Ilmu Islam, keputusan telah dicapai untuk menyediakan
ruangan bagi membolehkan pengunjung untuk menonton siaran
tv dan mendengar radio secara online.

Harapan kami semoga pengunjung dapat menggunakan
kemudahan ini dengan sebaik-baiknya. Ingatlah bahawa kita semua
akan dipersoalkan di atas semua gerak geri dan perlakuan kita.

Untuk memilih siaran-siaran, sila ke bahagian SALURAN INFORMASI yang berada di
bahagian bawah kanan anda. Insya Allah, kami akan menambah saluran-saluran dari
masa ke semasa. Untuk memasuki laman, sila [ klik sini ]

Sebagai menjelaskan lagi hukum menonton tv dan mendengar radio, saya nukilkan jawapan Dr Yusuf Al-Qardhawi berkenaan masalah ini.


Puasa dan Televisyen Dari Fatwa Muasyirah Dr Yusuf Qardhawi

Soalan: Apakah pendapat syarak mengenai orang yang menonton televisyen dalarn bulan Ramadan sedangkan dia berpuasa?

Jawapan:
Televisyen adalah salah satu alat media massa. Padanya terdapat kebaikan
dan
keburukan. Setiap media massa mempunyai matalamat tersendiri. Televisyen adalah
alat
media massa yang sama dengan radio dan akhbar, yang mana terdapat kebaikan
dan keburukan.


Kita digalakkan mengambil yang bermanfaat sahaja dan menjauhi perkara-perkara
yang
keji, tidak kira sama ada seseorang itu berpuasa atau tidak. Tetapi jika dia sedang berpuasa, dia mesti lebih berhati-hati agar tidak merosakkan puasanya dan hilang
pahalanya di sisi Allah.

Saya tidak mengatakan menonton televisyen itu haram atau halal secara mutlak.
Hukum
ini tertakluk kepada siaran rancangan yang disiarkan. Harus menontonnya jika rancangannya baik, iaitu samalah hukumnya dengan mendengar syarahan agama, berita
dan program-program yang tujuannya untuk kebaikan... tetapi seandainya program itu melalaikan dan merosakkan seperti tarian bogel atau seumpamanya, hukumnya haram

dalam semua keadaan, apatah lagi pada bulan Ramadan.


Ada juga siaran yang makruh menontonnya, andainya ia masih belum sampai ke

peringkat haram. Setiap media massa yang menjauhkan kita daripada mengingati Allah
dan melalaikan, hukumnya haram.

Menonton televisyen, mendengar radio atau seumpamanya sehingga melalaikan kita

daripada menunaikan kewajipan terhadap Allah seperti sembahyang, hukumnya haram.
Haram kita meninggalkan sembahyang dengan sebab urusan lain...

Firman Allah:


"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian

di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu

daripada mengingati Allah dan bersembahyang; maka berhentilah kamu (daripada

mengerjakan pekerjaan itu).” Al-Maidah: 91


Pihak yang terlibat dengan penyiaran rancangan televisyen hendaklah takut kepada

Allah terhadap sebarang program yang akan disiarkan kepada orang ramai,
terutamanya pada bulan Ramadan.

la bertujuan untuk menghormati bulan yang diberkati ini, menggalakkan manusia taat

kepada Allah, di samping menambahkan amalan kebaikan. Sedangkan mereka sendiri

tidak berdaya menanggung dosa mereka sendiri, bagaimana pula dengan dosa orang

yang menonton televisyen itu?


Firman Allah:


"(Ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa dengan sepenuh penuhnya

pada hari kiamat, dan sebahagian dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak
mengetahui sedikit pun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruk dosa yang
mereka pikul itu." An-Nahl: 25

Tambahan sedikit dari saya: Saya pernah terbaca jawapan Syeikh Sya'rawi terhadap
soalan yang sama. Syeikh mengibaratkan tv itu seumpama pisau, jika digunakan untuk
kebaikan, baiklah jadinya, jika digunakan untuk keburukan, buruklah akibat dan kesan
yang diperolehi.

Kesimpulan dari saya, jangan gunakan pisau itu untuk memotong jari anda :)

Wallahua'lam.

0 comments: