Sunday, October 7, 2007

Ustaz Azhar, Panjat Pagar Dan Nasi Lemak..

Kali ini saya bawakan satu klip video Kuliyah Maghrib Ustaz Azhar Idrus Di Surau Flat
Gelong Bilal pada 02 September 2007.

Masa dulu-dulu ketika saya masih di sekolah menengah, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan kerap keluar asrama (tentunya tanpa izin warden-'tembo asrama' kalau
istilah kami) untuk mengikuti ceramah, kuliah dan kelas pengajian yang disampaikan
oleh beliau dan ustaz-ustaz lain. Memanjat pagar, keluar ikut lubang di taman sains,
atau pintu depan ketika tiada mata melihat sudah menjadi rutin.

Dengan menaiki motosikal2 yang telah diletakkan diluar kawasan sekolah, tempat-
tempat itu kami jejaki. Habis majlis atau program, kami singgah di kedai-kedai makan
untuk menjamu selera - orang kata sambil menyelam minum air :). Biasanya pilihan
kami ialah sepinggan nasi lemak dan air jagung gerai depan sekolah (saya dah lupa
nama gerai itu). Selepas itu, untuk mengelakkan di tangkap oleh warden atau pak
guard, kami akan bermalam di surau-surau berdekatan di temani nyamuk dan
diselimuti kesejukan malam. Menjelang subuh, barulah kami menyelinap masuk ke
asrama.

Pada masa tu, Ustaz Azhar ni belum lagi famous seperti sekarang. Kadangkala yang
ikuti kelas pengajiannya, hanyalah kami dan 2-3 orang murid yang setia. Alhamdulillah,
berkat kesabaran, kesungguhan dan keikhlasannya dalam menyampaikan ilmu, dia kini
bukan saja terkenal di bumi Terengganu, tetapi juga di negeri-negeri sekitarnya
(berdasarkan maklumat tidak rasmi yang saya terima). Majlis2 yang disampaikannya
penuh dihadiri oleh orang ramai. Sahabat-sahabat boleh lihat sendiri dalam klip video
tersebut.

Apa yang menarik berkenaan Ustaz Azhar ini, sekalipun dia berpendidikan pondok
(walaupun asalnya dia bukanlah dari bidang agama, tetapi kesedaran telah mengubah
halatuju hidupnya untuk mendalami bidang agama di pondok) tetapi kupasan sesuatu
masalah dan isu, kerapkali di ambil dari ulama'-ulama' moden dan fatwa-fatwa terkini.
Pendek kata, seorang yang menggabungkan antara turath dan semasa. Ditambah lagi
dengan ketegasan dan kelantangannya dalam menyatakan satu-satu pendapat dan
pendirian, diselangi pula dengan lawak dan kelakar yang boleh membuatkan anda tergolek-golek ketawa :D, semua ini menjadikan majlis-majlisnya menambat hati
pendengar.

Untuk memperkenalkan beliau (bagi yang belum mengenali) saya bawakan klip video ini
untuk tatapan semua. Cuma sahabat-sahabat yang luar dari Terengganu atau Kelantan, mungkin terpaksa membelek kamus-kamus loghat 'Tranung Kite' untuk memahami penyampaian beliau yang amatlah pekat ke'terengganuang'nye itu. Juga secara tidak
langsung sebagai menjawab satu persoalan sahabat saya berkenaan hukum mengutuk
dan mengata orang yang berbuat zalim.

Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan cuba masukkan video-video beliau yang
lain di Taman Ilmu Islam.

Moga semua dapat manfaat dan faedah dari klip video ini..Insya Allah.



13 comments:

Anonymous said...

sebenarnya sekarang ana sangat rindukan tazkirah2 dr ustaz2 yang bagi tazkirah di surau al-ikhwan..namun sekarang saya jauh dari surau tu..kalau balik cuti semester barulah saya dpt ke surau sana..sbnrnya surau rumah flat glung bilal ada sejarah tersendiri..dulu, surau tu kecik je, dah le tu x di imarahkan.. saya ingat lagi, mase tu saya kecik lagi..setiap maghrib , ayah x bagi abg saya solat maghrib kat rumah..walaupun, ayah sya x pnah p berjemaah.. tu la ayah saya yang dulu...namun , alhamdulillah sekarang semua dah berubah..surau rumah flat pun dah berubah jadi surau al-ikhwan..

rindunya kat surau al-ikhwan, rasa macam ada kekasih je kat sana..
kat sini x de tazkirah2 macam kat sana...
kkdang saya bole nangis sebab takut mati dalam saya x pergi surau atau lalai dgn suasana blajar kat sini...

Anonymous said...

Ustaz Azhar memang best, moga Allah panjangkan umur golongan ulama seperti ni.

Paling tak tahan lawak JKK..takde orang boleh tiru la hehehe =p

Anonymous said...

betul tu, ustaz azhar jadiakan isu JKKK as bahan lawak plak masa ceramah..hehheh

Anonymous said...

setiap kali pergi surau al-ikhwan kt flat gelong bilal tu sy terasa tenang sgt2,ari2 da ceramah terutamanya slps mahgrib,ahli2 jemaah kt situ xpenah xde org,suasana kawsn flat telah bnyk berubah d sbbkn dakwah y berterusan di surau tersebut. Ceramah ustaz azhar setiap ahad malam tidak pernah mengecewakan dengan begitu ramai jemaah hadir untuk mendengar ceramah. Semoga usaha ustaz menyampaikan dakwah mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Anonymous said...

auto insurance california auto insurance in michigan

Anonymous said...

auto insurance texas car insurance in pennsylvania

Anonymous said...

A encyclopaedic suitableness program tailored to an own will very likely core on anecdote or more clear-cut skills, and on age-[3] or health-related needs such as bone health.[4] Innumerable sources[citation needed] also cite mental, sexual and emotional strength as an superior ingredient of total fitness. This is again presented in textbooks as a triangle made up of three points, which impersonate physical, nervous, and psychotic fitness. Material seemliness can also hamper or investigate numerous persistent fitness conditions brought on past ailing lifestyle or aging.[5] Working discernible can also remedy people saw wood better. To visit vigorous it is notable to preoccupy in material activity.
Training

Unequivocal or task-oriented [url=http://www.pella.pl]fitness[/url] is a actually's gifts to fulfil in a determined venture with a sound expertise: after pattern, sports or military service. Specific training prepares athletes to perform stream in their sports.

Examples are:

400 m sprint: in a sprint the athlete necessity be trained to work anaerobically all the way through the race.
Marathon: in this wrapper the athlete requirement be trained to production aerobically and their persistence must be built-up to a maximum.
Scads run a risk fighters and the cops officers bear typical aptness testing to end if they are skilled of the physically exacting tasks required of the job.
Members of the Partnership States Army and Army Governmental Watchman have to be masterly to pass the Army Material Competence Check-up (APFT).

Anonymous said...

bnfuwvfgy
BddOEGOMDELDds

We supply [url=http://www.woolrich-arctic-parka.org]Woolrich Parka[/url] down jackets ,
[url=http://www.woolrich-arctic-parka.org]Check this out[/url] to visit our website [url=http://www.woolrich-arctic-parka.org]woolrich-arctic-parka.org[/url] .
Here you can find the good [url=http://www.woolrich-arctic-parka.org/woolrich-arctic-parka-men-c-1.html]Arctic Parka Woolrich[/url] .

Now to buy so [url=http://www.woolrich-arctic-parka.org/]pas cher woolrich jackets[/url]

Anonymous said...

The only limit to our realization of tomorrow will be our doubts of today. Let us move forward with strong and active faith.

[url=http://mini.dha-appraisals.com/]payday uk[/url]

payday uk

Anonymous said...

ncwfeysfh http://www.wholesalejordanconcords.com rydkdpfwa [url=http://www.wholesalejordanconcords.com]air jordan retro 11[/url] dccffetxj
owszcshxt http://www.airjordanscheapshoes.com nzgzkvqyo [url=http://www.airjordanscheapshoes.com]Cheap Air Jordans[/url] zuatkfwsq
ddctznuxf http://www.airjordan11retroconcordsssale.com lslkikzof [url=http://www.airjordan11retroconcordsssale.com]jordan 11 for sale[/url] nlrltpxpn
yfmiwdrqh http://www.spacejamsforsaleonline.com kxvuprbpa [url=http://www.spacejamsforsaleonline.com]jordan 4[/url] hyddnyagp
rxdvfdpgy http://www.retroairjordansshoesforsale.com kneocbjar ixovaxdfy [url=http://www.retroairjordansshoesforsale.com][/url] jehgeyijh

Anonymous said...

Appreciate the recommendation. Will try it
out.

Have a look at my web site venapro

Anonymous said...

Very energetic article, I liked that bit. Will there be a part 2?



My homepage; deer antler plus

Anonymous said...

bookmarked!!, I really like your web site!


Also visit my web site; virility ex