Wednesday, August 29, 2007

Pastikan Kuasa Berada Di Tangan Anda!

Mengenang kembali zaman persekolahan, kadang-kala membuatkan saya tergelak
sendirian. Semangat yang berkobar-kobar untuk menuntut ilmu, apatah lagi ber'darah
muda' di waktu itu, malangnya tidak diiringi persedian yang secukupnya, kadangkala menyebabkan kesilapan yang melucukan..

Saya masih ingat hari itu (sebetulnya ingat-ingat lupa, al-maklumlah kisah ni sudah
lama), sedang saya rehat-rehat selepas mengikuti satu sesi kelas, seorang sahabat
tergesa-gesa menuju ke arah saya (sememangnya itu stylenya, tergesa-gesa atau istilah
orang Terengganu gaduh). Dengan gembira dia berkata "Ana jumpa satu hadis dalam
kitab Al-Azkar (karangan Imam Nawawi) tentang doa ketika melihat perempuan, jadi
tak salahlah tengok perempuan sebab Nabi pun ajar doa," dengan yakin dia membuat kesimpulan. Mendengar kata-katanya, saya hanya terkedu kehairanan menyimpan
pelbagai persoalan dalam hati. Serba salah dibuatnya. Nak dibangkang katanya ada
dalil hadis. Nak diterima, rasa macam tak logik pula!

Pulang dari sekolah, saya terus mencapai kitab Al-Azkar, mencari hadis yang sahabat
saya maksudkan. Jumpa! Saya tuliskan untuk sahabat semua:

ان النبى كان اذا نظر فى المرآة قال

Silap meletakkan baris, silaplah bacaannya. Yang betul ialah mim المرآة di baca dengan
baris bawah, maknanya cermin yang menjadikan ayat itu bermaksud "Sesungguhnya
Nabi SAW apabila melihat cermin baginda berdoa" bukan dibaca dengan baris atas,
yang membawa makna perempuan, sehingga menjadikan ayat itu bermaksud
"Sesungguhnya Nabi SAW apabila melihat perempuan". Kesilapan yang mungkin kita
anggap melucukan, tetapi sebenarnya menggerunkan!

Mungkin untuk mengelakkan situasi-situasi sebegini, para alim ulama' mengingatkan
kita supaya berguru untuk mendapatkan ilmu. Lalu timbullah ungkapan-ungkapan
seperti:

من لا شيخ له فالشيطان له شيخه
"Barangsiapa yang tiada guru, syaitanlah menjadi gurunya"

من يكن آخذا للعلم عن صحف * فعلمه عند أهل العلم كالعدم
"Barangsiapa mengambil ilmu dari lembaran-lembaran (kitab),
Maka ilmunya di sisi ahli ilmu seakan-akan tiada"

Bagi saya, bukanlah salah menjadikan bacaan sebagai satu sumber ilmu. Bahkan secara
peribadi saya menganggap pembacaan merupakan kaedah yang paling praktik untuk mendapatkan ilmu. Buktinya, tokoh-tokoh agung dunia, terutamanya para pemimpin, kebanyakannya suka membaca. Pemimpin yang tidak mempunyai masa untuk membaca,
akan terhad ilmunya, lalu akan hanya memiliki kemampuan sekadar apa yang tinggal
dalam ingatannya. Dia tidak akan memiliki keupayaan untuk memimpin melampaui apa
yang terselit di dalam benak fikirannya yang kecil itu, lantas jadilah ia pemimpin yang
statik yang jumud dan malahan tidak akan berupaya melangkah jauh. Kerana itu Francis
Bacon pernah berkata: "KNOWLEDGE IS POWER "(ilmu itu adalah kuasa).

Akan tetapi, pastikan pembacaan anda itu bermutu. Maksudnya pembacaan yang di
dahului dengan pembelajaran dari guru-guru dan mestilah disokong oleh penguasaan
ilmu-ilmu bantu (ilmu alat). Contohnya jika ingin membaca teks atau kitab arab,
mestilah menguasai ilmu alatnya seperti nahu, saraf dan lain-lain. Jika tidak, berlakulah kesilapan dalam pemahaman yang bukan kecil kesannya. Andai syarat-syarat ini
dipenuhi, barulah anda boleh bergantung dengan pembacaan. Inilah yang dimaksudkan
dengan kata ulama' :

اللبيب يكفيه الكتب
"Orang yang cerdik itu, cukup baginya buku-buku".

Di samping itu, antara faktor yang memberi kelebihan ialah penguasaan kita terhadap
pelbagai bahasa. Ia akan meluaskan lagi skop pembacaan kita. Lebih-lebih lagi di era kini,
era kemajuan dan pengetahuan dikuasai oleh bangsa asing. Ilmu-ilmu yang tersebar luas
dan tertulis dalam pelbagai bahasa menuntut kita tidak menyempitkan bacaan
berdasarkan bahasa tertentu.

Demikian juga bagi seseorang yang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan agama
Allah mestilah berusaha untuk menguasai pelbagai bahasa, terutamanya bahasa
perantaraan antarabangsa, bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas di seluruh
dunia. Inilah yang dimaksudkan oleh Dr. Yusof Qardawi, beliau pernah menulis:

"Keinginanku untuk mempelajari bahasa Inggeris timbul kerana aku menyedari betapa perlunya seorang alim dan daei muslim menyampaikan ajaran Islam kepada manusia
dengan bahasa-bahasa mereka. Islam merupakan risalah ke seluruh alam, tetapi kitab dan hadis dalam bahasa arab, justeru tidak mungkin untuk menyampaikannya ke seluruh alam melainkan dengan cara mempelajari bahasa-bahasa mereka agar ajaran Islam boleh disampaikan menggunakan bahasa mereka dengan cara terjemah. Inilah yang disebut oleh para ulama' berkenaan ayat:

وما ارسلنا من رسول الا بلسان قومه لبيين لهم

Perkara ini telah difahami oleh bukan muslim, sehingga kita melihat orang Kristian menterjemahkan Injil ke beratus-ratus bahasa dan beribu-ribu dialek."

Apabila membicarakan pengusaan bahasa asing, tentunya kita teringat kata-kata:

من تعلم لغة قوم امن مكرهم
Maksudnya: Barangsiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum,
amanlah dia
dari tipu daya mereka (kaum tersebut)

Sebahagian kita menganggap kata-kata itu ialah hadis, tetapi berdasarkan kajian ulama'
dan ahli hadis, ia bukanlah hadis kerana tidak mempunyai asal. Sekalipun demikian,
maknanya betul. Ia disokong oleh satu hadis yang menceritakan bahawa Rasulullah
meminta Zaid Bin Thabit untuk mempelajari bahasa Yahudi. Sabda Rasulullah:

فإني لا آمنهم على كتابي
Maksudnya: Aku tidak berasa aman dari mereka keatas kitabku (Quran).

Maknanya Rasulullah bimbang jika mereka menterjemahnya secara tidak betul atau
merubah maknanya berpandukan hawa nafsu dan kepentingan mereka. Hadis ini secara
tidak langsung menunjukkan kepentingan menguasai bahasa-bahasa asing.

Oleh itu, luaskan pembacaan anda..Pastikan kuasa berada di tangan anda!

Sebagai maklumat, berikut 10 bahasa paling luas dipertuturkan di dunia

1. Mandarin

Bilangan penutur : Kira-kira 1 bilion

Bahasa yang paling luas penggunaannya dalam planet
ini dikira berdasarkan negara yang mempunyai
populasi terbesar. Ia mengatasi bahasa yang berada
di tempat kedua, Bahasa Inggeris pada nisbah 2 : 1. Walaupun luas dipertuturkan, ia tidak bermakna
bahasa ini mudah untuk dikuasai. Bertutur dalam
bahasa Mandarin agak sukar kerana setiap
perkataan disebut dalam empat cara atau nada. Bagi
yang baru mempelajari, mereka akan mempunyai
masalah untuk membezakan antara satu nada
dengan nada yang lain.

Ucapan Hello dalam bahasa Mandarin adalah Ni Hao
(Nee HaOW).

2. Bahasa Inggeris

Bilangan penutur : Kira-kira 508 juta

Biarpun ia bukanlah bahasa paling luas dipertuturkan, bahasa ini menjadi bahasa rasmi
di lebih banyak negara berbanding bahasa lain. Penuturnya berasal dari berbagai negara
di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia, England, Zimbabwe,
Carribean, Hong Kong, Afrika Selatan dan Kanada.

3. Hindustan

Bilangan penutur : Kira-kira 497 juta

Bahasa kebangsaan India ini merangkumi banyak dialek. Sedang ramai menjangkakan
bilangan penduduk India akan mengatasi China tidak lama lagi, populariti bahasa
Inggeris di India menghalang bahasa Hindustan mengatasi bahasa paling popular di
dunia itu (Mandarin). Cara mudah mempelajari bahasa ini adalah dengan menonton
filem Hindustan.

Ucapan Hello dalam bahasa Hindustan adalah namaste (Nah-MAH-stay).

4. Sepanyol

Bilangan penutur : Kira-kira 392 juta

Bahasa Sepanyol dituturkan hampir di seluruh Amerika Selatan, Amerika Tengah,
Sepanyol, Cuba dan juga AS. Membuktikan betapa berpengaruhnya bahasa ini,
banyak perkataan Inggeris asalnya dipinjamkan dari bahasa Sepanyol, termasuklah
tornado, bonanza, patio, quesadilla, enchilada dan taco grande supreme.

Ucapan Hello dalam bahasa Sepanyol adalah Hola (OH-la).

5. Russia

Bilangan penutur : Kira-kira 277 juta

Bahasa ini adalah satu daripada bahasa dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB). Bahasa Russia bukan saja dituturkan di Russia tetapi juga di Belarus,
Kazakhstan dan beberapa tempat di AS.

Ucapan Hello dalam bahasa Russia adalah Zdravstvuite (ZDRAST-vet-yah).

6. Bahasa Arab

Bilangan penutur : Kira-kira 246 juta

Bahasa ini adalah antara bahasa tertua di dunia, dituturkan penduduk Timur Tengah
seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan, Lebanon dan Mesir. Oleh kerana ia
adalah bahasa Al-Quran, jutaan orang Islam di merata tempat boleh bertutur dalam
bahasa Arab juga. Ramai orang mahir berbahasa Arab disebabkan kerjaya. Malah,
pada 1974, bahasa ini dijadikan bahasa rasmi keenam dalam PBB.

Ucapan Hello dalam bahasa Arab adalah Assalamualaikum.

7. Benggali

Bilangan penutur : Kira-kira 211 juta

Negara yang jumlah penduduknya lebih 120 juta orang, Bangladesh, hampir semua
warganya bertutur dalam bahasa Benggali. Oleh kerana ia dikelilingi negara India,
bilangan penutur bahasa ini adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Ucapan Hello dalam bahasa Benggali adalah Ei Je (EYE-jay).

8. Portugis

Bilangan penutur : Kira-kira 191 juta

Pada kurun ke-12 dulu, Portugal mencapai kemerdekaan selepas dijajah Sepanyol
dan kemudiannya meluaskan pengaruh ke serata dunia dengan bantuan pengembara
terkenal seperti Vasco da Gama dan Putera Henry. Oleh kerana Portugal terlebih dulu meluaskan pengaruhnya, secara tidak langsung bahasa mereka dikenali di serata dunia terutama di Brazil (yang menjadikannya bahasa rasmi), Macau, Venezuela, Angola dan Mozambique.

Ucapan Hello dalam bahasa Portugis adalah Bom dia (bohn Dee-ah).

9. Melayu-Indonesia

Bilangan penutur : 159 juta

Bahasa ini dituturkan di Malaysia dan Indonesia. Agak sukar untuk mendapatkan
bilangan penuturnya dengan tepat kerana terdapat banyak dialek Melayu dan yang
paling popularnya adalah Indonesia. Namun, semuanya berasal dari rumpun bahasa
yang sama.

10. Perancis

Bilangan penutur : 129 juta

Sering digelar bahasa paling romantik di dunia. Selain Perancis, bahasa ini dituturkan
di banyak negara, antaranya Belgium, Kanada, Rwanda, Cameroon dan Haiti.

Ucapan Hello dalam bahasa Perancis adalah Bonjour (bone-JOOR).

Sumber: www.soyouwanna.com

Rujukan :
مذكرات دكتور القرضاوي
Berita iKON

Saturday, August 25, 2007

Adakah Kita Telah Benar-Benar Beriman?

Ibu saya selalu berkata kepada saya: "Mie ni murah rezeki". Saya kurang pasti, adakah kata-kata itu naluri seorang ibu atau ucapan doa daripadanya. Cuma ibu saya selalu berkata dia tak pernah mendoakan perkara-perkara buruk bagi anaknya. Walaubagaimana teruji dan tercabar hati dan perasaannya, tidak pernah saya dengar kata-kata buruk keluar dari mulutnya.

Barangkali, berkat doa ibu saya itu, semalam tanpa sengaja, asalnya hanya untuk berjumpa dengan seorang sahabat di rumah seorang sahabat yang lain, saya ditarik oleh tuan rumah untuk sama-sama menjamu selera. Rupa-rupanya ada program Muzakarah Berkelompok (usrah) yang diadakan di situ dan saya betul-betul 'langkah kanan' kerana tiba di waktu program sudah berakhir dan mereka sedang menjamu selera. Kerana ingatkan pepatah
'rezeki depan mata jangan ditolak' (hehe) dan untuk tidak menghampakan tuan rumah
(hehe kali kedua) saya dengan berat hati (hehe kali ketiga) menerima pelawaan tuan
rumah yang begitu bersungguh-sungguh mempelawa. Nasi berlaukkan ikan mabrukah
(sejenis ikan sungai di Mesir) yang dimasak singgang dan goreng, berulamkan kacang
buncis rebus dan terung goreng, ditambah sambal belacan, benar-benar membangkitkan
selera. Lupa sekejap yang saya sekarang berada di Mesir bukan di Malaysia.

Maaf jika saya mengecurkan liur anda. Sebenarnya itu bukanlah main point yang ingin
saya kongsi dengan sahabat-sahabat semua. Hidangan itu memang saya ingat
sehingga saat ini, tetapi yang lebih saya ingat ialah air muka ketua kumpulan dan tuan
rumah sendiri. Mereka tidak luahkan apa-apa, tetapi saya boleh selami perasaan
mereka. Bayangkan dari seramai 10 orang ahli, hanya 3 orang yang hadir (ketua, tuan
rumah dan seorang ahli). 2 orang lagi ialah seorang tetamu yang diundang dan seorang
tetamu yang tidak diundang ( sayalah tu!).

Saya tidaklah mahu menuduh sesiapa (tambahan lagi saya pun bukanlah seorang yang
komited menghadiri program-program) kerana saya yakin dan percaya ahli-ahli
kumpulan mempunyai hal-hal penting yang tidak dapat dielakkan, tetapi kadangkala
kita juga perlu menjiwai perasaan sahabat-sahabat kita. Begitu susah payah ketua
muzakarah menghubungi ahli-ahli dan saya difahamkan kalau diikutkan sibuk, ketua muzakarah mungkin tak dapat menghadiri program tersebut kerana mengambil
tender memasak untuk sekumpulan pelajar di sini.Tetapi segalanya ditinggalkan
semata-semata untuk bersama sahabat-sahabat lain. Demikian juga tuan rumah yang
berpenat lelah memasak juadah yang begitu menyelerakan. Andai kita berada di
tempat mereka, apakah perasaan kita? Tidak keterlaluan kalau dikatakan anda tidak
siuman lagi seandainya masih boleh bergembira..

Rasanya tidak perlulah saya ulas panjang berkenaan program itu, kerana rata-rata
sudah memahami kepentingan dan faedah yang kita dapati darinya. Lebih-lebih
lagi kita yang berstatuskan pelajar agama. Bagi saya, menjadi terlalu aib jika pelajar
jurusan agama liat untuk ke program-program seperti ini. Pernah saya bergurau
dengan Ustaz Hairul Nizam, presiden PMRAM, mencadangkan supaya bercuti usrah memandangkan ketika itu hari raya, dengan tegas beliau menjawab "Hanya mati yang
bolehkan kita cuti usrah". Satu jawapan yang menyebabkan saya tersentak dan malu
sendirian kerana meremehkan kepentingan usrah.

Kerana itu, cuba-cubalah berusaha luangkan masa kita untuk menghadiri program-
program. Cubalah dahulukan program-program itu dari hal-hal peribadi lain. Kerana
faedah yang diperolehi adalah untuk kepentingan diri sendiri khususnya dan ummah
amnya.

Andai rasakan program tidak diatur dengan baik, tidak bermanfaat, tidak ceria, tiada
hubungan yang mesra antara ahli-ahli dan sebagainya, libatkan diri, beri cadangan,
isikan program dengan ilmu anda, imarahkannya dan sebagainya untuk memperbaiki
dan memantapkan lagi program yang diadakan.Usah hanya pandai mengkritik dan
cakap-cakap belakang, segalanya tak akan selesai. Apatah lagi jika memencilkan diri
dari program-program. Jadilah orang yang berani, yang bersedia menghadapi dan menyelesaikan masalah, bukannya pengecut yang melarikan diri, atau hanya pandai
mengkritik dan mencari kesilapan orang, tanpa cuba untuk terlibat sama guna
menatijahkan sesuatu yang terbaik!

Akhirnya, buat pimpinan-pimpinan dan penggerak-pengerak program, teruskan
perjuangan anda, penat lelah anda besar nilaiannya di sisi Allah. Ujian dan cubaan yang mendatang, anggaplah sekadar deruan ombak yang takkan putus selagi sangkakala
tidak ditiupkan. Ianya adalah siri tarbiyyah dari Allah untuk menapis siapakah dari
hamba-hambaNya yang benar-benar beriman!

Dan buat kita semua sebagai golongan yang dipimpin (ahli) berilah sokongan sehabis
mampu selagi ianya tidak menyalahi syariat. Jiwailah perasaan pimpinan dan penggerak,
letakkan kita di tempat mereka, bayangkan apa perasaan mereka, adakah mereka
gembira atas perlakuan dan sikap yang kita tunjukkan atau sebaliknya. Bukankah itu
sifat mukmin yang sebenarnya sebagaimana dijelaskan di dalam hadis yang kita semua
hafal dan selalu ulangi

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

"Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk
saudaranya apa yang dia
cintai untuk dirinya sendiri "
(hadis riwayat Bukhori dan Muslim)


Dan ketika meninggalkan rumah sahabat saya itu semalam, kaki saya terasa berat.
Berat memikirkan perasaan tuan rumah dan ketua kumpulan. Juga saya terbeban
memikirkan adakah nasib yang sama juga akan saya hadapi dengan muzakarah
berkelompok saya sendiri yang saya rancangkan untuk diadakan minggu ini?? Cepat-
cepat saya buangkan sangkaan itu jauh-jauh kerana saya yakin dan percaya yang
sahabat-sahabat tak mungkin menghampakan saya..

Ya Allah, anugerahkanlah taufik dan inayahMu, ringankanlah kaki-kaki kami,
lembutkanlah hati-hati kami agar dapat bersama-sama golongan yang meninggikan
syariatMu.







Friday, August 24, 2007

Tugas Siapakah Itu?

Kisah ini adalah tentang 4 orang yang bernama Semua, Seseorang, Sesiapa dan Tiada.

Terdapat tugas mustahak untuk disempurnakan dan Semua diminta melakukannya.

Semua yakin dapat melakukannya. Seseorang telah melakukannya.

Sesiapa mungkin telah melakukannya, tetapi Tiada yang melakukannya.

Seseorang menjadi marah terhadapnya, kerana itu tugas semua.

Semua menganggap Sesiapa sahaja dapat melakukannya. Tiada yang menyedari
bahawa Semua tidak mungkin melakukannya.

Perkara ini berakhir dengan Semua mencemuh Seseorang apabila Tiada yang
melakukan apa yang Sesiapa mungkin telah lakukan..

Sebenarnya, TUGAS SIAPAKAH ITU?

Komentar saya; fikir-fikirkan dulu kisah ini...Insya Allah jika perlu, nanti saya komen.

Wednesday, August 22, 2007

Coretan Rindu

Setelah dihitung-hitung, rasanya sudah lebih 10 kali saya menadah telinga mendengar
tazkirah percuma dari zaujah tersayang kerana mengabaikan blog ini. Hakikatnya,
hati saya melonjak-lonjak untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini, tetapi
disebabkan 'bayi' baru kami - laman forum TAMAN ILMU ISLAM - yang menuntut
perhatian lebih dari kami menyebabkan hasrat itu terpaksa saya pendam jauh-jauh ke
dasar sungai Nil. Rupa-rupanya, makin dipendam makin membuak-buak keinginan
itu! Mungkinkah saya juga terkena demam blog?

Akhirnya, setelah berperang agak lama dengan perasaan sendiri dan memandangkan
TAMAN ILMU ISLAM nampaknya telah boleh dibiarkan berdikari, saya coretkan
beberapa perkara buat mengubati rindu saya kepada blog ini.

Coretan 1: Taman Ilmu Islam

Lucu rasanya jika diingat-ingat kembali. Asalnya hanyalah satu laman yang saya
bangunkan untuk kegunaan peribadi. Tujuannya untuk mengumpul artikel-artikel
dan soal jawab. Cadangan sahabat saya Abu Handzolah membuatkan saya tergerak
untuk memajukan laman itu. Dengan bantuan sahabat-sahabat, hasilnya jadilah
seperti sekarang. Dari laman yang 'sangat biasa', menjadi laman yang 'biasa', harapnya
pada masa depan menjadi 'luar biasa'. Impian saya juga semakin besar. Saya ingin
jadikan ia tempat berkumpulnya penuntut-penuntut ilmu, pencari-pencari dan
pencinta-pencinta kebenaran. Di sini mereka saling bermuzakarah, berbincang dan
berdebat dalam semua bidang sebagaimana luasnya Islam itu sendiri, dalam susana
ilmu dan dibatasi adab-adabnya. Lantas suasana yang harmoni ini menjadi tarikan
kepada semua untuk mendekati dan mengenali apa itu ajaran Islam yang sebenarnya.

Ya, mungkin saudara menganggap saya sudah mula berangan-angan. Percayalah, ia
tidak akan tinggal angan-angan jika kita semua berusaha kearahnya..

Setakat ini keahliannya telah mencecah angka 42. Saya optimis dengan perkembangan
ini. Moga-moga laman ini terus dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli baru dan
komitmen yang ditunjukkan oleh semua. Sepertimana slogan yang saya selalu ulang-
ulangkan, jadikan laman ini milik kita semua!

Coretan 2: Penulis blog pengecut?

"Enta kena baca berita ni!" Itulah bunyi satu masej ym dari seorang sahabat. Mesej
itu dihantarnya sebaik saja saya 'online'kan ym saya 2 hari yang lepas.

"Enta komen ye… Ingat tu!" tambahnya lagi.

Saya terus membuka link yang diberikan. Rupa-rupanya satu berita dari Utusan
Malaysia (baca: Utusan Meloya). Beritanya seperti berikut:

Penulis blog pengecut

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad
Muhamad Taib menyifatkan penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan
sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta
menggunakan laman web yang beralamat di luar negara. Beliau berkata, penulis blog
terbabit hanya megah mendabik dada mengatakan bahawa mereka tidak akan
dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak tertakluk dengan sebarang undang-
undang negara ini.

“Sebab apa saya kata mereka (penulis blog) pengecut kerana mereka tidak berani
menggunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya menggunakan alamat luar negara
untuk menghentam pemimpin negara kita,’’ katanya.

"Tak perlulah ana jawab, nanti Roslan SMS mesti jawab" jawab saya penuh yakin.

Dan ternyata telahan saya itu benar. Saudara Roslan tidak mengecewakan saya. Ini
tulisan beliau dalam blognya berkenaan berita tersebut:

Blogger pengecut pula

Kata Mat Taib yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia: Penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani
mendedahkan identiti mereka serta mengunakan laman web yang beralamat di luar
negara.

Tambah beliau: Sebab apa saya katakan mereka pengecut kerana mereka tidak
berani mengunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya mengunakan alamat luar
negara untuk menghentam pemimpin negara kita.

Saya merasakan serangan Mat Taib ini dijurus ke arah seorang penulis sahaja iaitu
Raja Petra pemilik laman web Malaysia Today. Sebelum ini kita dengan penulis blog
dikatakan goblok, monyet dan terbaru dari Mat Taib ini pengecut pula.

Terdapat kenyataan dari Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang
mengatakan Umno telah tewas dalam peperangan di alam siber atau alam maya
walaupun kononnya menang di alam nyata.

Bagi saya alam maya sebenarnya menjadi puaka bagi Umno kerana alam ini bebas,
tiada kawalan, tiada sekatan. Bayangkan jika media massa yang ada, benar-benar
sebebas sebagaimana alam maya? Kalau akhbar dan TV kita sebebas-bebasnya saya
yakin Umno bukan hanya akan tewas dan kecundang di alam maya, di alam nyata
pun mereka akan tersungkur!

Kalau Malaysia Today sahaja pengecut (mengikut Mat Taib) bermakna laman web
dan penulis blog lain tidak pengecut. Maka sepatutnya semua yang lain lebih
bersemangat dan terus menulis sebagaimana yang bekas PM Tun Dr Mahathir pernah
pinta. Mat Taib hanya SINGLE OUT Raja Petra, oleh itu tidak secara langsung Mat
Taib iktiraf yang lain tidak pengecut, ayuh terus menulis sahabat-sahabat yang lain.

posted by Roslan SMS 12:59:00 PM

Saya ingin lontarkan satu pandangan untuk difikirkan oleh semua. Bolehkah kita
kiaskan apa yang dilakukan oleh bloger-bloger ini dengan hijrah Rasulullah? Umum
mengetahui bahawa peristiwa Hijrah merupakan satu strategi Rasulullah untuk
menyelamatkan umat Islam dari penindasan dan seksaan Musyrikin Mekah. Juga
untuk memastikan Islam mempunyai perlidungan dan kekuatan agar dakwahnya
dapat disebarkan dengan lebih luas.

Dibandingkan dengan peristiwa Hijrah, rasanya tidak bezanya dengan situasi sekarang. Wujudnya undang-undang yang mengongkong dan mengancam media, iaitu ISA dan
Akta Percetakan dan Penerbitan. Beberapa orang penulis pernah ditahan di bawah ISA.
Media yang selama ini tidak berasa was-was untuk menegur dan mengkritik
penyelewengan dan penyalahgunaan penguasa di'pancung' tanpa belas kasihan. Target
utama, Harakah, akhbar rasmi PAS. Permitnya tidak digantung tetapi Pengarangnya,
Zulkifli Sulong bersama pencetak, diheret ke mahkamah. Edarannya hanya terbatas
kepada ahli-ahli sahaja, dan ini sebenarnya tidaklah terlalu menekan, namun syarat
penjualan yang dihadkan hanya boleh dijalankan di markaz PAS sudah dianggap
keterlaluan.

Demikian juga yang berlaku kepada majalah Detik, sebuah majalah politik yang
dikatakan paling berpengaruh, dipercayai 40 ribu hingga 50 ribu naskhah terjual
mengikut kepanasan isu-isu politik negara. Permitnya yang telahpun diluluskan secara
hitam putih pada 9 Disember 1999-melalui surat KDN 1505 (8757) (25), yang
ditandatangani Che Haslina Che Mamat, tiba-tiba diberitahu secara lisan, itu pun
selepas Ketua Editor DETIK menghubungi KDN-dikatakan ditarik balik oleh pihak
menteri.

Namun, bukan Detik sahaja menerima nasib buruk ini. Sebelumnya, majalah bulanan
berbahasa Melayu Panji Masyarakat dan tabloid berbahasa Cina, Mr Weekly, turut
ditekan oleh pihak berwajib. Panji Masyarakat sempat diterbitkan tiga kali sahaja! Dan
yang terbaru, kes Raja Petra Kamaruddin, pengendali laman web Malaysia Today
yang disiasat oleh pihak polis ekoran laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Rentetan peristiwa-peristiwa hitam ini sebenarnya membuktikan betapa kebebasan
media telah mati dan terkubur. Dan sebagaimana Rasulullah mengaturkan strategi
untuk menyelamatkan Islam dan sahabat-sahabatnya, demikianlah sesuatu mesti
dilakukan untuk memastikan perjuangan mencabar kezaliman yang kian membarah
dalam masyarakat dapat bergerak lancar tanpa sekatan dan halangan. Justeru,
sebagaimana Rasululullah mencari tapak di luar mekah, demikianlah penulis-penulis
blog mencari tapak luar. Jika anda setuju dengan kias saya ini, bermakna anda
setuju jika saya katakan secara tidak langsung, mereka menganggap tindakan
Rasulullah itu satu tindakan yang pengecut!

Lagi menarik untuk difikirkan, setakat pembacaan saya yang terbatas terhadap buku-
buku sirah dan sejarah Islam (jika silap tolong betulkan), tidak pernah saya jumpai
Musyrikin Mekah menganggap tindakan Hijrah itu satu tindakan yang penakut dan
bacul. Mungkin disebabkan suasana mereka yang dibesarkan di bawah libasan pedang
dan pacuan kuda di medan perang menyebabkan mereka memahami ia merupakan
satu strategi yang bijak dan matang. Berlainan bagi pihak yang tidak pernah faham
dan tidak pernah merasai walau secebis erti perjuangan dan kesusahan. Apatah lagi merekayang hanya tahu mengampu dan mengipas....

Benarlah, hanya yang berjuang memahami apa itu perjuangan!

Andai benar di pihak yang berani, ratakan gelanggang, samakan senjata, ayuh kita
bertarung!






Friday, August 17, 2007

Jom Pakat-Pakat Hantar Artikel..

Berita baik buat semua. Kami di TAMAN ILMU ISLAM membuka peluang seluas-
luasnya kepada anda untuk menghantar artikel di ruangan depan laman. Tetapi
dimestikan mematuhi beberapa syarat tertentu:-

Syarat-syarat:

1- Artikel hendaklah tidak menyalahi syarak.
2- Sebolehnya tidak copy and paste saja dari laman web, hantarlah artikel sendiri.
3- Artikel hendaklah berunsurkan kepada pembangunan insan dan bermanfaat buat
pembaca.
4- Boleh hantar sebanyak mungkin , namun pihak pentadbir laman berhak untuk
menerima atau menolak artikel anda.
5-Syarat-syarat akan berubah dari masa ke semasa

Cara-caranya:

1- Sila daftarkan diri anda dilaman ini terlebih dahulu. Pendaftaran adalah percuma.
2- Terima pengaktifan akaun anda, bolehlah anda menghantar sebarang artikel
3- Sila maklumkan kepada pentadbir laman jika artikel anda mempunyai masalah
atau ingin menarik balik artikel anda.
4- Sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan pentadbir laman

Anda mempunyai 2 pilihan :

1- Sama ada masukkan sebahagian saja di laman kami, sebahagian lagi di laman
atau blog anda sendiri cth dalam TAMAN ILMU ISLAM (artikel BERHATI-HATI
DENGAN APA YANG DIDENGAR)

2- Atau masukkan kesemuanya dalam laman kami cth (artikel DEMAM BLOG)

Jadikan laman ini milik kita bersama. MEDAN MENYEMARAKKAN
INTELEKTUALISME ISLAM.

Klik di >sini< untuk memasuki laman.

Thursday, August 16, 2007

Pindah Lagi?

Ye, laman TAMAN ILMU ISLAM berpindah lagi. Kali ini untuk memastikan laman
lebih bemanfaat untuk semua dan sebagai persediaan untuk mengharungi medan
yang lebih luas..

Kepada yang telah register di laman yang lama, diharapkan dapat register kembali
untuk laman yang baru. Dan kami juga mengharapkan bantuan saudara untuk
memindahkan posting masing-masing ke laman yang baru. Kami benar-benar
meminta maaf jikalau menyulitkan saudara semua.

Saudara boleh klik di--> sini<--untuk memasuki laman.

Wednesday, August 15, 2007

Kemahiran Yang Perlukan Keberanian

Jika diikutkan rasa badan, ingin terus melelapkan mata. Menempuh perjalanan dari
Iskandariah ke Aiport kaherah sejauh lebih 400 km pergi dan balik selama lebih
kurang 9 jam untuk menghantar sahabat-sahabat seperjuangan yang pulang ke Malaysia,
dengan menaiki kenderaan yang agak ta'ban dan ditambah terpaksa melayan karenah
nakal dan manja dua putera dan puteri, segalanya sungguh menguji ketahanan fizikal
dan mental. Tetapi tidak selesa rasanya melelapkan mata dan membiarkan blog ini
tanpa posting terbaru.

Sekadar berkongsi cerita, sedang saya rehat-rehat di rumah sambil melayari internet
beberapa hari yang lepas, saya disapa oleh seorang sahabat melalui ym...

Sahabat: salam
Sahabat: nk mtk tlg (tolong) se (satu).

Sahabat: nk bkongsi kmahiran ngan ust salimi sekali bleh (boleh)?

Saya: wslm
Saya: yer
Sahabat: camne nk buat bila bhadapan didepan org dlm konteks mngajar iaitu care
nk bina ayat spontan

Sahabat: hehehe
Sahabat: saje nk tau

Sahabat: ana ni xpngalaman mane dlm mngajar2 ni

Sahabat : biase ngajar quran blehlh

Sahabat: klu ceramah2 ni susah sikit

Sahabat: maklumlh bukan bidang ana

Saya: ooo
Saya: ana pun tak pandailah
Saya: ana cakap mcm baca buku
Saya: tak pandai nk berbual


Sahabat saya itu sebenarnya ditaklifkan untuk menyampaikan ceramah bagi satu
program. Kesungguhan yang ditunjukkannya amat mengkagumkan saya. Silapnya
hanya satu, bertanyakan tentang cara-cara berceramah kepada orang yang bukan
ahlinya.

Tidak dinafikan, penyampaian dakwah melalui lisan merupakan uslub yang penting dalam menyampaikan dakwah. Bukanlah rahsia lagi bahawa para nabi dan rasul itu dipilih
di kalangan yang paling fasih dari kaumnya. Bacalah al-Quran dan anda akan menemui
banyak kisah-kisah yang menceritakan bagaimana para Rasul terutamanya berhujah
dan berdebat dengan kaum masing-masing.

Meminjam kata-kata Saudara Mohamad Sabu "Islam itu menang dengan hujah".
Kerap kali lidah musuh Islam kelu saat berhadapan dengan hujah-hujah yang dibawa
oleh golongan penegak kebenaran. Sebaliknya kelemahan para daei berhujah akan
menyebabkan bukan setakat kebenaran itu tidak terserlah bahkan akan membuka
peluang kepada musuh Islam untuk memperlekehkan dan mempermainkan Islam.
Kerana itu kemahiran ini mesti cuba dipupuk dan dilatih oleh setiap pencinta Islam.

Berdasarkan pemerhatian saya ditambah sedikit pengalaman serta maklumat-
maklumat yang saya temui dalam buku-buku, saya cuba senaraikan beberapa tips
penting dalam memastikan ucapan yang disampaikan berkesan dan menarik
perhatian pendengar. Antaranya :

1.Cuba baca kisah ini:

Seorang pakar racun tikus menghadiri satu parti sosial bersama isterinya.
Selepas beberapa waktu, dia berdiri seorang diri. Isterinya pun menghampirinya
dan berkata: "Mengapa awak tidak bergaul dengan orang lain? Pergi dan
bercakaplah dengan mereka." Dia menjawab, "Apabila saya bercakap dengan
mereka tentang racun tikus, mereka berpaling dan meninggalkan saya."

Malang sekali dia hanya boleh bercakap tentang kepakarannya sahaja. Penceramah
hendaklah mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang dan banyak membaca.
Dia hendaklah mampu memulakan dan mengadakan perbincangan yang baik dalam
pelbagai perkara di luar bidang kepakaran yang dimilikinya. Hal ini akan
memberikanya imej yang baik. Dia juga hendaklah mempunyai minat yang
mendalam terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.

2. Suatu ketika saya dijemput untuk memberi pengisian dalam satu program yang
diadakan di satu muhafazah di sini. Apabila tiba di tempat yang dijanjikan, saya dapati
pengisi bagi slot sebelum saya masih lagi menyampaikan ucapannya, sedangkan waktu
slot saya sudah sampai. Rupa-rupanya ada kesilapan dari beberapa pihak sehingga menyebabkan perjalanan program tidak menepati perancangan. Saya memahami
keadaan itu kerana pengalaman-pengalaman terlibat dalam menguruskan beberapa
program seumpama itu. Saya terus menunggu, akhirnya slot itu hanya berakhir
melewati masa slot yang sepatutnya diisi oleh saya. Akhirnya, selepas diadakan
perbincangan, penganjur meminta maaf kerana slot saya terpaksa dibatalkan dan saya
diminta untuk menjadi salah seorang ahli panel forum dengan tajuk yang baru!

Apa yang ingin saya utarakan di sini, seseorang penceramah itu hendaklah sentiasa
bersedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak dijangka. Dia juga
mestilah sedaya upaya melatih dirinya sehingga berkebolehan menyampaikan misinya
walau secara mengejut dan tidak bersedia. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan pembacaan dan pencarian ilmu secara berterusan dan tidak bermusim.

3. Jangan sesekali membuat pengakuan dan penilaian dalam sebarang keadaan
sekalipun terhadap penyampaian anda sendiri seperti : Saya meminta maaf kerana
tidak bersedia, ucapan saya tidak baik dan sebagainya. Elakkan dari membuat kenyataan-
kenyataan seperti di atas sebaliknya terus masuk ke dalam tajuk perbincangan dengan
memberikan penyampaian yang terbaik yang mampu anda lakukan. Jangan menilai
diri anda di hadapan penonton; mereka yang akan memberikan anda gred. Anda
mungkin membuat penyampaian yang terbaik tanpa anda menyedarinya.

Diriwayatkan bahawa suatu hari khalifah yang ketiga, Uthman bin Affan tidak dapat
memberikan khutbah Jumaat di mimbar. Semasa melangkah turun, beliau berkata


ان الله يزع بالسلطان مالايزع بالقران
"Allah menyempurnakan sesuatu melalui tangan pemerintah sesuatu yang tidak
dapat
disempurnakan melalui Al-Quran sahaja."

Mendengar kata-kata ini, hadirin berteriak, "Kalaulah beliau mengucapkan kata-kata
ini di atas mimbar, ucapan itu akan menjadi satu khutbah yang terbaik pernah
diucapkan."

4. Melatih bagaimana tidak bercakap. Kebiasaannya kita menekankan kepada
pelatih-pelatih bagaimana hendak bercakap. Kadang-kadang sangat penting untuk
melatih bagaimana hendak berhenti bercakap. Sebagai contoh, jika anda sedang
memberikan ucapan dan sebahagian hadirin berada dalam hujan atau duduk di bawah
cahaya matahari yang panas terik. Ucapan anda mesti ringkas dan pendekkan ucapan
anda ke tahap yang minimum. Begitu juga; jika alat pendingin hawa tidak berfungsi
dan menyebabkan pendengar lemas, anda mesti berhenti berucap.

5. Anda juga harus sedar dan memahami kedudukan dan peranan anda. Jika anda
sebagai pengerusi, jangan bersikap 'lebih sudu dari kuah'. Biasa kita jumpai pengerusi
yang 'syok sendiri' dan berceramah lebih banyak dari penceramah sebenar. Jika anda
sebagai ahli panel forum contohnya, lalu anda telah terlewat dan pengerusi meminta
anda berhenti, anda mesti mendengar dan mengikutinya. Malang sekali sesetengah
daripada kita keras kepala dan terus berucap sehingga habis tanpa mengira
perubahan suasana. Pada masa inilah pemikiran yang dinamik dan sentiasa
mengikuti perubahan terkini dalam program diperlukan. Kadang-kadang kita tidak
mengira objektifnya. Apa yang penting bukan setakat menyampaikan mesej tetapi
supaya pendengar menerimanya. Jika kita mempunyai bungkusan untuk dihantar
dankita tidak menemui alamat yang betul, kita tidak perlu membuang bungkusan itu
begitu saja. Kita mesti menyimpannya dan menghantarnya pada waktu lain untuk
memastikan bungkusan itu diterima oleh tuannya.

6. Manusia boleh mendengar lebih cepat dari kebolehan kita berucap (puratanya
800 perkataan seminit berbanding 250) dan jika mereka dibiarkan tanpa mendengar
apa-apa untuk jangka masa yang lama, perhatian mereka akan menerawang.
Kadang-kadang kita dikehendaki bercakap lebih cepat daripada perbualan harian.
Di sini tidak ada satu kadar yang terbaik untuk penceramah, tetapi kita hendaklah
bercakap secepat yang kita mampu tanpa tersekat dengan perkataan atau tidak
jelas. Dalam hal ini, kejelasan adalah sangat penting, setiap perkataan dan setiap
ungkapan mesti difahami.

Penuturan adalah jantung kepada penyampaian yang baik. Kita mesti menuturkan
setiap patah perkataan dengan jelas dan mengelakkan ungkapan-ungkapan yang
berulang dan mengganggu seperti "maksud saya", "anda tahu", "uh","hmm" dan
"em".

7. Kebanyakan orang biasa mengambil perincian dan maklumat baru dari bahan
bercetak supaya dapat memberikan ruang ucapan untuk mereka bernafas. Dan agak
sukar untuk mengambil maklumat melalui apa yang didengar. Kerana itu kita
hendaklah bijaksana dalam menyampaikan maklumat. Contohnya, jika kita menyatakan
fakta yang penting, kita hendaklah diam agak lama dari biasa di akhir ayat supaya
pendengar dapat menyerap maklumat. Diam di tempat yang kritikal menambah minat
dan reaksi si pendengar.

Demikianlah beberapa tips yang saya boleh bawa di sini. Sebenarnya banyak lagi tips-
tips yang boleh digunakan. Apapun tips-tips itu tidak berguna jika tidak didasari dengan
pengalaman.

Pandangan saya sejak dari dulu, kebanyakan manusia dilahirkan dengan kebolehan
untuk menjadi penceramah atau pemidato yang baik. Cuma perlukan keberanian
untuk bermula dan mengasah apa yang dimiliki. Contoh yang terdekat bagi saya, seorang
sahabat saya sendiri, yang sering mengelak jika diminta untuk memberi pengisian
dalam program-program. Jika diminta, lekas-lekas dia mencadangkan orang lain.
Sedangkan saya pernah melihat dia memberikan ucapan dan rupa-rupanya dia
mempunyai kebolehan untuk berceramah dengan baik (saya melihat cara ucapannya
ketika itu ala-ala TG Haji Abdul Hadi). Kerana itu, saya sering mengusiknya (sebenarnya membakar semangat) supaya berceramah dan mengatakan dia mampu berceramah
seperti TG Haji Hadi. Barangkali sahabat saya itu mungkin tersenyum keseorangan andai terbaca komentar saya ini.

Akhirnya, kuatkanlah semangat. Persiapkanlah diri dengan pelbagai wasilah
dakwah. Hakikatnya kita mampu melakukannya! Bukankah Allah telah berjanji untuk
membantu mereka yang mambantu agamaNya?

Atau mungkinkah kita masih ragu-ragu dengan janji Allah?

Monday, August 13, 2007

Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

Buat pelajar-pelajar perubatan (terutamanya adik-adik saya dalam Smart Circle) yang
kini berkongsi bumi Iskandariah dengan kami pelajar-pelajar agama, saya tujukan
artikel ini.

Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

”Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

”Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu
bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul
memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik
pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat
ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri
doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus
mencucuk jarum.

”Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti,
jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini.
Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya
kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.


Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh,
mengapa mereka memilih bidang perubatan.


Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa
walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan
diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin,
seandainya anda 'termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda
tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri.
Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda
terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun
anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang
lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.


Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan
lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung,
lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri
sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.


”Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali
lagi. Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan
adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan?
Dalam sebuah kehidupan?

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya
'melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000
sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela
lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan
itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya
pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang
isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka
tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting.
Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak
masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya
katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya,
industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan
di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana
prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah
sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja
sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan
mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika,
menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan
berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan…
tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah
bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka
pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga
ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu
dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain
semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah
menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari
pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah
ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan
perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN


Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah
korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja
dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material
RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak,
dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang
dijadikan asas bekerja.


Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada
nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ’mereka adalah
generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi
mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi
sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH
SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka
dengan tabiat ”Begin With the End in Mind”. Lihatlah apa yang menanti di hujung
perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya
di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu,
kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang
perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah
tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang
satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua
suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan,
untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang
kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang
diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita
ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin
tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan
setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan
kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang
dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah,
untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur
dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai

TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur
kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

56000 Kuala Lumpur

Dari Hati Ke Hati

Buat Abang Tersayang.

Semoga umur yang Allah anugerahkan ini mampu menjejakkan kaki kita
ke Jannatul Firdaus, InsyaAllah.

Jua moga2 dirimu dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa…

Doakan moga ikatan yang ada kekal bahagia dunia dan akhirat..aaamin.

Buat Abi Tercinta..

Terima kasih atas segala pengorbananmu dalam membesarkan kami,
bimbinglah kami agar menjadi anak yang soleh dan solehah.Sayang Abi!

Titipan ikhlas dari,
Isteri dan anak-anakmu..

Sunday, August 12, 2007

Demam Blog?

Saya tersenyum sendirian tatkala membaca satu komen dalam blog sahabat saya
yang juga berada di Iskandariah. Komen itu begini:


sahabat : skrg ni suma padam (gelaran bg suami dikalangan pljr Msia di Mesir)
demam blog ka?

Saya tersenyum kerana mengingatkan semakin ramai sahabat seperjuangan di
Iskandariah yang membina blog masing-masing, walaupun mereka rata-ratanya
tidak mempunyai latar belakang penulisan yang hebat. Terutamanya saya sendiri
yang sering terkial-kial menyiapkan satu-satu artikel. Syukurlah ada zaujah
tersayang yang banyak membantu sebagai juru edit dan tempat berkongsi idea.

Sekadar maklumat, blog ini adalah singkatan kepada WEBLOG iaitu menurut istilah
lazimnya adalah:
A publicly accessible personal journal for an individual. Typically updated daily, blogs
often reflect the personality of the author.

Sebuah jurnal (dalam hal ini yang dimuatkan di alam maya) peribadi seseorang
individu yang dapat diakses atau disaksikan oleh orang ramai (yang mengunjunginya
di internet). Ianya dikemaskini hampir setiap hari dan kebiasaannya mencerminkan keperibadian penulis atau pemiliknya. Itulah Blog sebenarnya.

Capaian yang mudah dan percuma, serta disokong dengan perkembangan internet
yang semakin maju dari hari ke hari, menyebabkan laman-laman blog kini semakin
popular di kalangan pelayar-pelayar internet.

Apapun, saya ucapkan syabas kepada sahabat-sahabat yang berusaha menceburi
lapangan ini. Jadikan usaha ini sbg platform mengasah skill penulisan kita.
Usah cepat meletakkan rasa tidak mampu sebelum mencuba.Don't say
no before u try!

Anggaplah usaha kita ini sebagai satu jihad ( insya Allah saya akan menulis
berkenaan jihad nanti). Dan apabila menyebut jihad, kita mesti faham yang
jihad itu ada peraturan dan syarat-syaratnya, barulah jihad kita itu
diterima Allah. Antaranya, mestilah niat kita benar-benar ikhlas kerana Allah
dan pastikan cara yang digunakan mengikut landasan yang disyariatkanNya.

Juga mestilah ada pergantungan yang kuat kepada Allah. Kadangkala kita
ketandusan idea, merasa futur, malas dan sebagainya. Segerakanlah kembali
kepada Allah. Renungi balik apa sebenarnya tujuan dan hadaf kita. Anggaplah
perasaan-perasaan itu ujian Allah untuk melihat kesungguhan dan
keikhlasan kita.

Mungkin kita boleh mengambil pengajaran dari apa yang ditunjukkan oleh
Syeikh Anwar Jundi, seorang pemikir Islam yang disegani. Sebagaimana yang
diceritakan oleh Doktor Yusof Al-Qardawi:

"Syeikh Anwar Jundi merupakan seorang lelaki yang rabbani. Antara tanda
rabbaninya ialah sebagaimana yang diceritakan oleh anak perempuannya
bahawa beliau sangat suka untuk sentiasa berwuduk; makan dalam berwuduk,
menulis dalam keadaan berwuduk.Dia tidur selepas Isya', kemudian bangkit
sebelum Subuh untuk sembahyang tahajjud dan sembahyang Subuh, kemudian
tidur selama dua jam selepas Subuh, kemudian bangkit dari tidur untuk
melaksanakan sendiri tugas dan tanggungjawab rumah tangga. Dia
memberikan khidmat kepada jiran, memenuhi baldi mereka dengan air jika
berlaku putus bekalan serta meletakkan baldi berisi air (tadi) di hadapan
pintu rumah mereka (jiran)."

Kerana itulah kita melihat adanya keberkatan pada ilmu beliau. Beliau
mengarang 300 buah kitab di dalam pelbagai bidang, menyertai muktamar-
muktamar Islam antarabangsa, membina madrasah untuk menentang unsur
pembaratan dan serangan kebudayaan barat dan sekular serta dianggap
tokoh pertama yang mengislamkan ilmu-ilmu Sains di Mesir yang kemudiannya
diikuti oleh tokoh-tokoh yang lain. Dan yang paling penting, penulisan dan idea
beliau menjadi rujukan dan kajian generasi yang selepasnya.

Buat kesekian kalinya, saya ucapkan syabas dan teruskan perjuangan buat
sahabat2 yang terlibat dlm arena ini.Semoga usaha yg sekelumit ini mendapat
nilaian dan ganjaran dari Allah swt.

Kepuasan kita bukan pada menariknya blog atau ramainya pengunjung,
sebaliknya kepuasan kita kerana berjaya menyampaikan walau sekadar satu ayat
dari Baginda Rasulullah s.a.w.

Itulah kepuasan yang sebenar-benarnya.

Friday, August 10, 2007

Jangan Dimalukan Oleh Budak Tadika

Saya terjumpa kisah ini:

Ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Die pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan.
Anak2 : Ader cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket die, kemudian bertanya lg..

Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Anak2 : takder cikgu.

Guru tadika : Anak2 nmpk tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Anak2 : takder cikgu.

Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nak brain wash otak budak2 tu berjaya. Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar, dan die minta pun mengangkat tgn...

Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader! kan?
Kwn2 : ader.

Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A : cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader.


Moral of the story: Persiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu yang sepatutnya, jangan sampai budak tadika lebih pandai berhujah dari anda dalam mempertahankan Islam! Malu kite..

Thursday, August 9, 2007

Bicara Ummi : Wahai Suamiku...Jua Isteriku...


Ketika asyik mencari-cari bahan untuk ditulis,tiba-tiba terjumpa satu artikel yang bagi penulis 85% kandungannya menyamai apa yang ada dalam minda penulis. Tanpa panjangkan masa,penulis terus membuat keputusan untuk copy n postkan untuk ruangan ini. Rasanya tidak salah andai perkara yang baik sama-sama kita kongsi dan sebarkan..

Apapun,terpulang kepada pembaca untuk meneruskan bacaan atau tidak kerana mungkin ada antara kita yang sudah terbaca artikel ini. Walaupun demikian,apa salahnya kalau ianya ditatap berulangkali kerana manusia memang tak lepas dr kesalahan dan kelalaian. Bukankah peringatan itu memberi manfaat kpd org2 yg beriman! So, teruskan bacaan anda dan hayatilah bait demi bait apa yang ingin disampaikan..

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan, setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi sebenarnya `cabaran-dugaan hidup' yang lebih mencabar sedang menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukanlah penjamin kebahagiaan seseorang.

Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula `cabaran-dugaan-masalah'. Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua, tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...

Tak perlu menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat... Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas... Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat... Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut. Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ` perkahwinan itu sendiri' "mengambil masa" untuk `proses penyesuaian' antara lelaki dan wanita.' Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..." Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan.. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal... Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek...

Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk... Semuanya terletak kepada ANDA, `suami dan isteri', bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut?

Setiap pasangan meng'impi'kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka. Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu... Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng'angan'kan suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan lahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak- ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.) Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,

"Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keimanan kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu..."

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...

Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, " Aku mahu keluarga bahagia." Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian, rumahtangga bahagia `tidak ujud' hanya dengan kata-kata... Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan... Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu (teori). Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan! "Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal"

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat, keharmonian itu bermula dari rumah...
"Rumahku, Syurgaku."

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang
bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..

Ingatlah pepatah ini " LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS..."
Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa...
Jangan kau jadi sekeras batu?kerana batu tidak mudah untuk dibentuk...
Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...

Kebanyakan lelaki dambakan wanita `cerdik'... Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan... Cerdik mendidik anak-anak, Cerdik dalam `argument' dan lojik?. Jangan hanya jadi `pak turut'?

Wanita pula dambakan lelaki yang ` alert'... Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap... Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah... Jangan biarkan masalah menjadi `api dalam sekam...' Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat, kerana `sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyengutui Allah dan RasulNya... Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan engkau menyusahkan
isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...

`Beriman dan bertanggungjawab' memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga...
Dan, jangan sesekali menuntut "suami" sahaja, atau "isteri" sahaja memainkan peranan...
Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri."

Itu la taarif "perkongsian hidup"...Peranan kedua-dua.
"Kongsi kasihsayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama `suami dan isteri...'

`Teori' jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...
TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing... (`menunjukkan' di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan
TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang.
Isteri WAJIB beri peringatan... Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali
gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami...
Biar dia marah kita, katakan, `Allah lebih marah perbuatanmu...'
Dan, katakan `kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...'
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan
ber'terima kasih' kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah...
Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu
dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?"

Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka perlu "berganding bahu" dengan utuh untuk membentuk `keluarga bahagia...'
Jangan sesekali `suami' menunding kepada `isteri' atau `isteri' menunding kepada `suami' bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian, kerana jika salah seorang mereka `sedar' terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak `diberi peringatan' kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...

Di sini ilmu amat penting... Didik dengan lemah-lembut, tetapi `tegas' atau 'keraskan' suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ...
Jangan biarkan `dia' mempermainkan perintah Allah SWT!

Alam perkahwinan itu `amat manis'...semanis berbulan madu, tetapi menjadi `amat pahit'...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang `perfect'...tetapi memadai, "tanggungjawab" kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...

Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...

Dan pesanan terakhir, "Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak merehatkan rohani dan jasmani?dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan Allah...pasangan anda meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi tekanan jiwa yang teruk pulak..."

Demikianlah apa yang cuba diketengahkan oleh penulis asal dan saya sendiri.Alhamdulillah Allah permudahkan niat dan hasrat saya untuk berkongsi apa yang terbuku dihati.Mudah2an ianya memberi faedah dan impak yang positif untuk sama-sama kita layari bahtera hidup berumahtangga guna menggapai redha Ilahi.Sekian..

Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah... yang baik di antara yang terbaik... dan kurniakan aku pendamping yang baik... dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu... Amin...


Wednesday, August 8, 2007

Rezeki Melalui Perniagaan

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Atas semangat itu, Jitra Port dan Aisar Enterprise telah mengeluarkan iklan dan katalog cd masing-masing. Untuk melihat iklan dan katalog tersebut, saudara boleh masuk blog Aisar Enterprise melalui link yang ada di kiri saudara atau link atas (bisnes kami ) atau boleh klik di --->sini.

Monday, August 6, 2007

Berhati-Hati Dengan Apa Yang Didengar

Beberapa hari lepas, saya dikunjungi beberapa sahabat. Sesekali berjumpa (apatah lagi pergerakan saya ketika itu agak terbatas kerana menemani isteri yang sedang berpantang anak kedua) maka seronoklah kami bersembang. Dalam perbualan kami itu, salah seorang sahabat membuka cerita berkenaan nasib penyanyi lagu nasyid 'غرباء' yang telah dijatuhkan hukuman potong lidah.

Saya tak dapat pastikan kesahihan kisah tersebut. Apa yang terlintas di benak fikiran saya ketika mula-mula mendengar kisah tersebut, rasa tidak relevan dan melampaunya hukuman tersebut. Dan saya menganggap hukuman itu disebabkan kebimbangan yang tidak berasas. Apalah sangat yang ditakutkan dengan lagu dan nyanyian. Tak mungkin ia dapat memberi kesan yang menakutkan sehingga membenarkan hukuman yang sebegitu.

Namun, bila direnungi dengan lebih mendalam, saya mula dapat memahami dan menerima kebimbangan itu. Hakikatnya, nyanyian, muzik dan lagu-lagu sebenarnya sangat berkesan dalam mempengaruhi tindak-tanduk dan pendirian sesuatu umat. Dalam hal ini, pepatah cina kuno ada menyatakan "Sebelum anda khabarkan kepada saya siapa meletakkan undang-undang sesuatu bangsa, khabarkan dulu siapa yang mencipta nyanyiannya". Maksudnya - nyanyian lebih berkesan jika dibandingkan dengan undang-undang dalam mendidik dan mendisiplinkan masyarakat!

Ini kerana nyanyian itu bersifat memujuk dan membelai sebaliknya undang-undang bersifat memaksa dan mewajibkan. Manusia biasanya melawan dan memberontak dengan paksaan yang dikenakan, tetapi seringkali tersungkur dengan pujukan dan cumbuan! Apatah lagi apabila seseorang itu 'dipujuk' dan 'dibelai' secara berterusan oleh muzik dan lagu. Saudara bayangkanlah sendiri apa kesannya.

Berikut beberapa maklumat yang saya kutip dari kitab الإسلام karangan Ustaz Said Hawwa berkenaan muzik dan nyanyian:

1. Mendengar muzik secara berterusan akan menyebabkan diri seseorang itu dalam keadaan rehat berpanjangan yang seterusnya akan menguatkan kecenderungan kepada berseronok dan sukakan kerehatan serta pada masa yang sama bencikan bebanan dan kesukaran. Ia sebenarnya satu bahaya yang mengancam survival umat, rasa tanggungjawab dan kesediaan mereka untuk berkorban. Kajilah sejarah dan anda akan dapati bahawa tidaklah tenggelam dan mabuk sesuatu umat dengan nyanyian dan hiburan yang melalaikan melainkan akan hilang dari mereka sifat perjuangan, bahkan yang ada hanyalah sifat menyerah kalah

2. Muzik ialah puncak keseronokan, dan keseronokan itu puncak kehidupan dunia. Mabuknya seseorang dengan muzik dan nyanyian akan memesongkannya dan menyebabkan dia lupakan akhirat.Apa yang penting baginya hanyalah keseronokan dunia dan ini mengalihkan tumpuannya dari menunaikan tanggungjawabnya. Lihatlah kehidupan manusia yang mabuk dengan muzik, anda akan dapati mereka sukar untuk menerima tugasan, sekiranya melaksanakan sebahagiannya, sebahagian lagi dicuaikan.Muzik pada hakikatnya 'membius' sifat mulia manusia dan menanamkan cinta dunia dalam hati manusia.

Kerana itu, pilih-pilihlah apa yang anda dengar. Barangkali apa yang anda anggap sekadar berseronok atau mengisi masa lapang, sebenarnya memberi kesan yang besar pada sikap dan perilaku anda. Dan barangkali juga, kesan itu bukan tertentu kepada anda seorang, bahkan tempiasnya terkena kepada anak, isteri dan orang-orang disekeliling anda..

Berhati-hatilah!

Rujukan:

الإسلام
Ustaz Said Hawwa

Thursday, August 2, 2007

'AKUM' bahasa Yahudi?

Ini satu lagi topik perbincangan yang dibuka oleh ahli forum, khair_assamahah. Saudara boleh masuk di sini untuk baca dan memberi pandangan.

Diingatkan, saudara perlu register dulu untuk memberi pandangan. Jadi, apa tunggu lagi, jangan biarkan orang lain mendahului anda!

Hidup Ilmu Dengan Muzakarah

Sehingga kini, keahlian Taman Ilmu Islam telah mencapai 10 orang. Alhmadulillah satu perkembangan yang positif.

Seorang ahli kami, mawar alex, telah masukkan satu topik baru untuk dibincangkan. Saudara boleh klik di sini untuk melihat topik dan memberi pandangan.

Kata Imam Syafei : "Hidup Ilmu itu dengan bermuzakarah (berbincang)

Sama-sama kita memberi dan menerima, give and take kata orang putih :)

Wednesday, August 1, 2007

Taman Ilmu Islam Telah Kembali

Alhamdulillah, Taman Ilmu Islam telah kembali di tapak baru http://tamanilmuislam.s4.bizhat.com. Silalah menziarahi kami di sana.

Kami dalam proses mengemaskini laman. Walaubagaimanapun, ada beberapa artikel baru telah dimasukkan. Antaranya :

Syaikh Abdul Majid Az-Zindani temui ubat HIV


Kabar baik dari seorang tokoh Islam yang namanya masih ada dalam daftar teroris versi AS lantaran dituding membiayai aksi terror Al-Qaidah, meskipun tanpa bukti. Tokoh Islam itu adalah Syaikh Abdul Majid Az-Zindani, asal Yaman yang memimpin Universitas Al-Iman di Yaman, kini menjadi buah bibir di masyarakat Yaman dan dunia kedokteran. Kenapa?
Beberapa waktu lalu ia melansir keberhasilannya meneliti obat-obatan alami yang bisa menyembuhkan penyakit Aids.
Az-Zindani, memang bukan sekedar tokoh ulama yang paham tentang agama, tapi juga seorang ilmuwan yang kerap mengaitkan materi keagamaan yang diperolehnya dalam penelitian ilmiah. Menurut Az-Zindani, sebagaimana dipublikasikan stasiun tv satelit Al-Jazeera, ia telah melakukan uji coba terhadap 15 orang yang positif terkena virus HIV selama antara tiga sampai satu tahun, dan kini seluruhnya sembuh dari virus penyakit yang menghilangkan kekebalan tubuh itu. Baca Seterusnya....