Wednesday, September 12, 2007

10 Azam Di Awal Ramadan

1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, “Barangsiapa yang dihatinya merasa gembira akan
kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk
masuk neraka” – Al-hadith

2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak,
saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan
dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki,
hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum , ketika
menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan
dan sekuat tenaga untuk menjalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan)

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda.

6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz sehari selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan
perbanyakkan bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk
memperbanyakkan kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan,
sesuai sunnah Rasulmu.

10) Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi
kesempurnaan ibadah kita yang utama.

2 comments:

Abu Akhfash said...

Azam Ke-11 : Tidak sesekali tidur selepas subuh kerana ia akan menutup pintu rezeki dan mengurangkan pahala puasa di siang ramadhan. (bagi yang kebiasaannya tidur selepas subuh, harap dapat mengubah waktu tidur) Ingatlah firman Allah Ta'ala:
وحعلنا الليل لباسا . وجعلنا النهار معاشا

Azam Ke-12 : Mengagihkan zakat yang diperolehi kepada sahabat-sahabat, terutama yang memerlukan dan yang berada dlm kesusahan :)

Insya-Allah keazaman ini akan ditambah lagi kelak.. Moga kita semua tergolong dlm golongan orang2 yang beriman dan bertaqwa...Allahuma Amiin...

Abu Urwah Dan Ummu Hana' said...

Ulasan saya :)

[Azam Ke 11] Nabi kata tidur orang puasa tu ibadah. Kata Tuan Ibrahim Tuan Man kat rumah kelantan baru2 ni, perbanyakkan tidur bulan pose sbb itu ibadat hehe

[Azam ke 12] Nabi kata sebaik2 sedekah untuk ahli keluarga, cukupkan keperluan keluarga dulu heh

Mmg baik untuk di kongsi2, tp untuk yg berhajatlah, kalu tukar komp 2-3 kali tu tak kira berhajat hehe