Monday, September 10, 2007

Apa yang sebenarnya berlaku di Kuala Terengganu?

Rentetan soalan Saudari Iman (sila lihat di shoutbox), saya bawakan artikel ini jawapan buat soalan itu.

Apa yang sebenarnya berlaku di Kuala Terengganu?

Ia sepatutnya menjadi majlis ceramah umum. Tuan rumah di tempat ceramah tersebut telah berpuluh kali membenarkan kawasan rumahnya dijadikan tempat cermah oleh PAS, dan sepanjang sejarah tidak pernah berlaku gangguan apabila majlis-majlis ceramah dianjurkan di situ.



Tiba-tiba pihak polis enggan memberikan permit apabila BERSIH atau Gabungan Pilihnaraya Bersih dan Adil (badanag dianggotai PAS, PKR, DAP dan beberapa NGO lain) mahu mengadakan ceramah di tempat yang sama. Alasan-alasan penolakkan yang diberikan semuanya bukan merupakan isu sebelum ini.

Lalu dipaksa batallah majlis tersebut. Yang menjadi isu adalah cara bagaimana ianya dibatalkan. Pihak polis melalui FRU menggunakan gas pemedih mata dan memancut air dari water canon nya. Itu taktik biasa, walaupun pada malam tersebut tindakan itu dirasakan amat keterlaluan kerana pihak penganjur telah pun berjanji akan memaklumkan dari hal pembatalan itu kepada yang hadir secara aman.

Isu yang paling besar adalah seorang anggota polis telah melepaskan tembakan dari senjatapinya, peluru hidup ke arah mereka yang hadir. Menurut laporan para pendokong PAS yang terlatih telah mengenal-pasti seorang penghasut dikalangan mereka, yang tidak dikenali. Dalam suasana haru-biru itu, seorang penghasut upahan memang mampu membakar semangat dan mencetuskan lagi ketegangan. Lalu beliau telah dipeganga dan didapati rupanya beliau seorang anggota polis yang tidak beruniform.

Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi itu? Dahlah suasana tegang rupa-rupanya ada pula penghasut yang mahu menghasut agar para hadirin yang hadir melakukan keganasan! Bila diselidik, penghasut itu pula rupanya anggota polis yang sepatutnya memelihara keamanan. Lalu patilah mereka yang hadir akan marah.

Kalau sekadar hadir berunifrom seperti anggota FRU dan pegawai polis yang lain, tak mengapa, mereka dapat dicam dan dikenali dan mereka biasanya tidak membuat kerja-kerja biadap ini. Tetapi yang ini hadir semata-mata untuk membuat kacau.

Siapa pun yang waras yang hadir pada malam itu akan marah dan bertindak. Lalu si penghasut tadi dipegang, dan dalam kekalutan itu, beliau yang menempah penyakit, cuba melepaskan diri lalu dilepaskannya beberapa das tembakan dari senjatapi yang dibawanya.
Hasil dari tembakan itu terkena seorang bernama Suwandi Abdul Ghani di dadanya (diberitakan baru sahaj menjalani pembedahan di HUSM, Kubang Kerian) dan seorang lagi Muhamad Azman terkena dileher dan kini berada di Hsopital Kuala Terengganu.

Mengapa perlu ditembak dengan peluru hidup?

Tajuk akhbar hari ini sepatutnya bukan: 4 polis cedera rusuhan di Kuala Terengganu (Berita Harian) atau RM1 million damage 23 held (NST) 27 held and 7 injured in riot (The Sun) tetapi sepatutnya:

Polis tembak peluru hidup ke arah orang awam!

Sebentar tadi pihak BERSIH telah mengadakan sidang akhbarnya, dan tuntutan utama mereka agar satu Suruhanjaya Di Raja segera diadakan bagi menyiasat punca kejadian ini dan apa yang yang sebenarnya berlaku. Jangan kerongkong kita disumbat dengan versi pihak polis dan Umno/BN Terengganu. Biar siasatan terbuka dan adil dibuat. Kalau benar yang bersalah BERSIH atau PAS biar kita bongkar, sebagaimana kalau yang salah polis dan Umno/BN biar kita bongkar juga. Biar rakyat tahu yang sebenarnya.

Kerana kini ada pihak yang mengatakan rupanya kejadian ini sudah pre planned. Sengaja diadakan untuk menggagalkan ceramah BERSIH dan menghitamkan wajah pembangkang khasnya PAS dan PKR yangs emakin mendapat tempat di Terengganu.

Ayuh atas darah dua orang rakyat Malaysia yang tumpah di bumi Batu Burok ini kita tuntut agar Suruhanjaya Bebas Di Raja segera dibentuk biar rakyat Malaysia sendiri mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Oleh Roslan SMS

3 comments:

H@iRiE said...

itu taktik biasa si barua.. kt c ni pun mcm tu jugak...dia org risau sebab tgk kehadiran org dh bertambah ramai pada setiap ceramah..hehehe..semoga Allah melindungi pihak yg benar

Abu Urwah Dan Ummu Hana' said...

Harap-harapnya rakyat dapat maklumat yg jelas pasal ni. Berita diputar belitkan supaya yg nmpk salah adalah golongan yg benar. Kadangkala terfikir juga, sampai bila kita akan jadi mangsa ratahan mereka?

iBNuZaCK said...

Sama-sama doakan kesejahteraan dan keselamatan rakan-rakan kita yang kena tembak tu.Moga Allah menyembuh dan memberikan kesihatan yang baik dan semangat yang kuat untuk mereka agar mereka dapat terus meneruskan perjuangan Islam.Ameen~