Sunday, September 2, 2007

Entahlah..

Entahlah, kenapa saya rasa agak 'beku' untuk menulis. Apakah yang sebenarnya sedang
menimpa saya?

Jiwa saya meronta-ronta, mendesak agar jari jemari saya mengetuk keyboard buat
mencatatkan sesuatu sempena Hari Kemerdekaan. Otak sudah beberapa kali merangka-
rangka isi. Malangnya setelah beberapa kali saya mencuba, sudahnya saya hanya
merenung kosong monitor Samsung ini.

Entahlah, apa yang berlaku? Saya benar-benar tidak faham. Bersimpang-siur persoalan
dalam kepala saya.

Sungguh berat ujian kali ini. Doakan saya..

2 comments:

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

"Entah" perkataan ini mengingatkan saya..Perkataan ini merupakan perkataan pertama yg disebut oleh anak saya (Ahmad Akhfash)...:)

Entahlah..mmg perkara ini sering berlaku. Mungkin ustaz perlu bersiar-siar melihat kebesaran ciptaan Ilahi untuk mencari idea dan agar fikiran lebih tenang. Usah gelisah dgn keadaan ini, insya-Allah kelak jari-jemari mu akan mampu mengetuk kembali keyboard bahkan mungkin bisa memecahkan dan merosakkannya :)

Semoga thabat dalam menyebarkan dakwah di alam cyber. Wassalam...

Abu Urwah Dan Ummu Hana' said...

Ye, terima kasih atas kata-kata semangat itu. Adanya sahabat-sahabat yang memberi semangat membuatkan saya bersyukur dengan anugerah ukhuwwah yang begitu bernilai ini..

Ermm..setakat ni yang merosakkan keyboard si urwah lah. Ana tak sampai lagi tahap tu :D