Friday, October 5, 2007

Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Berkenaan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan

Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Berkenaan Perkara-Perkara Yang
Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan

Keputusan nombor 99\1\D10

Berkenaan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan

Sesungguhnya Majlis Himpunan Fiqh Islam yang bersidang pada perhimpunan
muktamarnya yang kesepuluh di Jeddah, Kerajaan Saudi Arabia, sepanjang jangka masa
dari 23 sehingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998M);

Setelah ia meninjau kajian-kajian yang dikemukakan di dalam tajuk perkara-perkara
yang membatalkan Puasa di dalam skop perubatan, dan [meninjau] penyelidikan, kajian
dan saranan yang datang daripada Forum Fiqh Perubatan Ke-9 yang diadakan oleh
Badan Islam bagi Sains Perubatan, dengan kerjasama Perhimpunan ini dan pihak-pihak
lain, di Dar Baidho’ di Kerajaan Maghribi, di dalam tempoh bermula 9 hingga 12 Safar
1418H (bersamaan 14 – 17 Jun 1997M), serta mendengar kepada perbahasan yang
berlaku sekitar tajuk dengan penyertaan para Fuqaha dan para Doktor, dan melihat
kepada dalil-dalil dari Kitab dan Sunnah, serta kepada kata-kata para Fuqaha;

Ia telah memutuskan apa yang berikut:

Pertama: Perkara-perkara berikut tidak dianggap termasuk dari pembuka-pembuka
Puasa:

1.Titis mata, atau titis telinga, atau pencuci telinga, atau titis hidung, atau semburan
hidung, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke tekak.

2.Pil-pil ubat yang diletakkan di bawah lidah untuk menangani sesak nafas dan
selainnya, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke tekak.

3.Apa yang memasuki faraj daripada supositori(*), atau cucian, atau teropong faraj,
atau jari untuk pemeriksaan perubatan.

4.Memasukkan teropong atau spring(**) dan selainnya ke dalam rahim.

5.Apa yang memasuki kemaluan, iaitu saluran kencing yang zahir pada lelaki dan
wanita, dari titis (saluran halus), atau teropong, atau bahan yang dikenakan sinaran,
atau ubat, atau larutan untuk mencuci pundi [kencing].

6.Menebuk gigi, atau mencabut geraham, atau membersihkan gigi, atau bersugi dan
memberus gigi, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.

7.Membilas mulut, berkumur, dan semburan ubat yang diletakkan pada mulut,
sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.

8.Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat
nutrien.

9.Gas oksigen.

10.Gas-gas anestetik (bius) selama mana tidak diberikan pesakit tersebut cecair-cecair (larutan-larutan) nutrien.

11.Apa yang memasuki tubuh secara diserap melalui kulit; seperti minyak, salap, pelekat-pelekat berubat pada kulit yang membawa bahan-bahan berubat atau kimia.

12.Memasukkan tiub (saluran halus) ke dalam saluran darah untuk mengambil gambar
atau merawat saluran jantung atau anggota-anggota lain.

13.Masukkan teropong melalui dinding perut untuk memeriksa usus atau menjalankan
operasi pembedahan terhadapnya.

14.Mengambil sampel (cebisan) hati atau anggota-anggota lain, selama mana tidak
diiringi dengan pemberian larutan.

15.Teropong perut, sekiranya tidak mengiringinya pemasukan cecair-cecair
(larutan-larutan) atau bahan-bahan lain.

16.Masuk apa-apa alat atau bahan rawatan ke dalam otak atau saraf tunjang.

17.Muntah tidak sengaja, berlainan dengan yang sengaja (memuntahkan).

Kedua: Seseorang doktor Muslim harus menasihatkan pesakit untuk menanggungkan
apa yang tidak memudharatkan penangguhannya, sehingga sesudah berbuka,
bentuk-bentuk rawatan yang disebut sebentar tadi.

Ketiga: Penangguhan menerbitkan keputusan di dalam bentuk-bentuk yang berikut,
kerana keperluan untuk tambahan kajian dan penyelidikan berkenaan kesannya
terhadap Puasa, berserta penumpuan terhadap apa yang datang di dalam hikmah-
hikmatnya daripada hadith-hadith Nabi dan athar-athar daripada para Sahabat:

a-Pembekaman dan bekam.

b-Mengambil sampel darah makmal untuk pemeriksaan, atau memindahkan dari
daripada orang yang menderma, atau menerima darah yang dipindahkan.

c-Suntikan yang digunakan di dalam merawat kegagalan buah pinggang dengan
menyuntik pada membran yang melapik dinding rongga abdomen (peritoneum) atau
pada buah pinggang buatan.

d-Apa yang memasuki dubur daripada suntikan dubur, atau supositori, atau teropong,
atau jari untuk pemeriksaan perubatan.

e-Operasi-operasi pembedahan dengan anestetik am, sekiranya pesakit telah berniat
puasa sejak malam, dan dia tidak diberikan sedikit pun cecair-cecair (larutan-larutan) bernutrien.

والله أعلم

Nota Kaki :
(*) Ubat pejal berbentuk silinder atau kon yang dimasukkan ke dalam dubur atau faraj supaya larut
dan melepaskan bahan aktifnya.
(**) IUD : Alat daripada logam atau plastik, berbentuk lingkaran, gelung, segi tiga atau T, yang
dimasukkan ke dalam rongga uterus untuk mencegah penghamilan.


Rujukan :
1-الصيام حكم وأحكام
Oleh Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani
2-Permaya Online


3 comments:

Anonymous said...

tolong bawak qa`edah skali atau dalilnye...

Anonymous said...

Banyak fatwa yang dinyatakan bercanggah dengan Feqh Islami secara amnya. Ini fatwa majlis fuqaha' islami, ulamak islam keseluruhannya atau majlis fiqh Islam zindani yg diambil permaya semata2?

Contohnya, masukkan ubat dalam mulut, walau tak ditelan, tapi bila da ditelan air liur yang membawa jirim2 ubat tu, batallah, menurut jumhur fuqaha'

Begitu juga, masukkan sesuatu ke dalam dubur, membatalkan juga menurut jumhur fuqaha'.

Wallahu A'lam..

Selamat hari raya....

Abu Urwah Dan Ummu Hana' said...

Terima kasih atas komen...cuma jgn mudah menyimpan buruk sangka kepada para ulamak. Dan jangan mudah2 dipersoalkan amanah mereka dalam menyampaikan ilmu.

Untuk lebih kepastian fatwa2 ini dari siapa, sila rujuk sini http://www.fiqhacademy.org/intro_qararat.html

Laman rasmi مجمع الفقه الأسلامي (Majlis Perhimpunan Fiqh Islam) :)

Wslm.